CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 27, 2010

Cinta ..

Manusia boleh datang dan pergi dalam hidup kita tapi cinta tidak begitu.

Cinta sejati hanya akan hadir sekali saja dalam seumur hidup...

***************************************************

Bila jatuh cinta pada seseorang..???

Kitakan Rasa... Macam macam..semua ada: suka, gembira, sedih, merajuk, cemburu. Secara amnya, ada 1001 macam rasa.

Adakah cinta itu datang dengan sekelip mata...???

Tak ada sebarang manual atau peraturan bila kita cerita rasa dan cinta. Mungkin berbeza buat setiap orang. Ada yang kata Cinta itu tibanya selaju halilintar, pertama kali terpandang wajah , hati terus saja tertawan. Hanya inginkan orang tu saja.

Tapi, ada juga yang kata cinta itu datang dengan perlahan lahan dan meresap melalui seluruh liang rongga. Hari semalam, mungkin kita cuma memandang dia sebagai seorang kawan biasa. Esok harinya, sewaktu sedang berbual, kita pandang wajahnya tersenyum, dan hati berbisik perlahan yang kita sebenarnya memang sukakan dia lebih dari seorang kawan. Susah nak tentukan bila perasaan tu mula wujud dalam hati...tapi yang nyata kita sayang pada dia.

Apa rasanya...????

Bila dia senyum, bila dia tegur atau hantar message, terasa ceria dan bahagia sesangat. Hilang semua letih, jiwa terasa tenang. Bila dia ada dekat, mata tak boleh nak elak dari memandang dia. Bibir sentiasa nak tersenyum. Dan wajah terasa panas bila dia memandang. Adakalanya luaran nampak seperti biasa saja, tapi hati menghafal apa yang dikatakannya.;)

Walau hari tu hujan lebat sekalipun, pada kita hari tu tetap hari yang cantik.

Kalau berjauhan pula, hati sering teringat dirinya. Bukanlah 24 jam, sebab hidup kena berjalan seperti biasa. Tapi kadang kadang, bila kita berehat sebentar dari tugas, pasti fikiran berbalik pada dia: 'waktu ni dia mesti tengah minum kopi' atau 'kalau dia tahu hari ni ada cheesecake, pasti dia happy sesangat' atau 'dia suka sesangat warna merah macam baju yang boss pakai' atau 'dia dah makan ke belum ni.' Dan kadang kadang bila ingatan sebegini timbul, bibir secara tak sengaja akan tersenyum.

Kalau pada waktu yang sama tiba tiba 'pop out' ym muncul dan ada chat dari dia... lengkaplah rasa bahagia dalam hati. Terasa dekat dan sayang sangat pada dia kerana dia juga sedang ingat pada kita. Dalam waktu yang sama, kadang kadang terselit juga rasa sayu sebab tak dapat bertemu dengan dia. Itu yang peliknya, satu sedang ketawa dengan dia, ada rasa sedih juga timbul. Sebabnya...ada rasa rindu. Setiap detik berjauhan, ingatan terhadap dia semakin kuat.

Rindu, sayang, sedih, pilu silih berganti selagi hasrat tak tercapai. Itulah dia cinta. Pelik tapi itu lah kehidupan. Kekadang cinta boleh melemahkan seseorang, merana hingga lupa diri. Tapi kekadang cinta itu juga lah daya penggerak dalam hidup. Ia bagi harapan dan kekuatan untuk kita teruskan kehidupan. Semuanya bergantung pada diri kita.

0 comments:

Post a Comment

please drop your comment here . mucho gracias :)