CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 4, 2016

Status changed

4/12/2016

Entry sebelum ni pada 9/12/2015.  Setahun aku ambik masa nak mengupdate blog ni. Rasanya ramai yang dah tak tahu aktiviti aku sekarang ni sebab aku sangatlah tidak aktif di media sosial sekarang ni. Bukan tak aktif langsung, cuma kalau aktif pun just scroll gitu tengok berita-berita ngan isu semasa je. Kawan-kawan yang mana rajin update tu, aku tau la sedikit sebanyak aktiviti dorang.  Cuma aku je yang tak berminat nak publish apa-apa.

Last entry, aku masih dalam pengajian ijazah sarjana.  Dan entry sekarang aku dah tamat belajar, almost 6 months.  How time flies... Rindu pulak zaman-zaman belajar.  Dalam tempoh pengajian yang tak sampai dua tahun tu, aku telah menukarkan status aku yang single kepada married woman dalam erti kata lain aku kahwin la.

Di ringkaskan cerita, perkenalan pada awal pengajian yang di recommend kan oleh orang tengah membuah hasil. hehe. Kami berkenalan pada bulan 3/2015, bertunang bulan 9/2015 dan bernikah pada 2/2016.  Perkenalan yang sangat singkat lah pada aku.  Kami masing-masing tak nak bercinta dan si dia pun memberanikan diri melamar aku melalui mak aku sendiri. Nampak macam keputusan yang aku buat dalam tempoh yang singkat ni seakan-akan seperti aku tergesa-gesa kan ? Tapi aku dah yakin selepas aku tanya pendapat keluarga, kawan-kawan dan diakhiri dengan istikharah. Bukanlah aku pilih si dia sebab muka dia keluar dalam mimpi aku, takk.. cuma perasaan aku bila aku pilih dia untuk jadi suami sangat tenang dan lapang.

Dan Alhamdulillah, aku sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang cukup sempurna di mata aku dan sedang menanti si kecil permata hati kami. Semoga kekal menjadi keluarga yang mawaddah, sakinah wa rahmah.  Insha Allah.  Buat masa ni aku masih tidak bekerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.  Next entry nanti aku cerita kisah tahun depan pulak,. Insha Allah, mommy-to-be will become mommy full time next year. May Allah ease everything. Till we meet again.

Assalamualaikum.