CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 19, 2011

Pesanan buat ADAM & HAWA

Dari Hawa untuk Adam.


Adamku,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akal mu sembilan, nafsumu satu. Akal ku satu, nafsu ku beribu. Oleh itu Adam pimpinlah tangan ku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adamku,

Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga ku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersama mu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan pada ku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar makruf dan nahi mungkar.

Adamku,

* Ajari aku agar menjadi isteri mu yang solehah.
* Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah.
* Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah.
* Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh pada mu setiap waktu.
* Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku.

* Bantulah aku agar otak ku tidak buntu.

* Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung.

* Pimpinlah aku menuju Nur al-jannah.

* Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah.

* Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah.


Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasullullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabia'atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatus Sa'adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah.

Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidup mu Adam ku .


Bingkisan tulus dari Adam untuk Hawa..

Hawa ku,

Meski aku Adam, gagah pada luaran, ada kalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin khalifah bagi mu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu. Nafsu ku satu, akal ku sembilan, namun yang satu itu sering menjadikan aku di luar kawalan, kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya di balik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.

Hawa ku,

Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan Kalamullah, agar dapat aku memandu mu ke syurga al-jannah. sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup ku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersama mu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untuk ku. Aminkan doa bacaan ku, moga nanti luas syurga mu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milik mu.

Hawa ku,

* Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana.
* Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zauj mu kelak.

* Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi.
* Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriat ku penuh dengan kesantunan mu.
* Aku lebih suka kata-kata mu berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah.
* Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri.
* Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia.

* Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga diri mu tidak terlalu murah.
* Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar'a fatonah.
* Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi.

* Siramlah hati dan dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap yang Kuasa.
* Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah, agar kelak tidak dipandang lemah.


Meski kau dicipta daripada rusuk ku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah.

Oleh itu, ingatlah aku, Adam mu yang sering leka dan alpa.
Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdausi.



p/s : Allah menciptakan manusia berpasangan tetapi setiap manusia dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, KELEBIHAN yg ada pada ADAM akan melengkapkan KEKURANGAN diri HAWA dan KELEBIHAN yg ada pada HAWA akan melengkapkan KEKURANGAN diri ADAM. Saling ingat-mengingati, insya Allah.. kebahagiaan hakiki dapat diraih (.___.)

2 comments:

Biey

sedap kata0katanya..nk share leh x?

MbSq^^

boleh .. :)

Post a Comment

please drop your comment here . mucho gracias :)