CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 12, 2015

Yearss

 Assalamualaikum..

Lamanya blog ni terbiar.. too many things happened throughout the years. Last updated pun 2012. 3 tahun aku menyepi dari blog ni. Dh terlampau banyak cerita suka duka sampai tak ingat.

Tahun 2013 aku tak banyak kisah sangat. Study je dan kalau cuti pun tak ke mana2. 2014, cuti semester sebelum masuk praktikal aku pergi bercuti ke Jakarta & Bandung. Quite interesting with different surroundings and environment.  Pada yg suka shopping tu sangat lah sesuai. Aku lebih prefer melawat tempat2 pelancongan, antara yg aku ingt tangkuban parahu, kawah putih. Tu je yg aku ingat.

Pastu, dalam tahun 2014 pun ada terselit cerita duka tapi sekejap je sebab tak kuasa nak layan. Biasa la, suka duka silih berganti. Ada hikmah di sebalik apa yg jadi. Allah dah aturkan perjalanan kita sebaik-baiknya. Cuma Dia nak tengok macam mana kita deal dengan ujian yang diberi. Alhamdulillah, hati aku masih kuat dan aku harap akan terus kuat untuk hari2 yg mendatang. Dan dalam tahun ni jugak aku graduated in bachelor degree. Lps tu goyang kaki balik selama 4 bulan.

And then, aku dapat offer further study dlm course yang sama. Fikir punya fikir, istikharah pun buat. Aku pun ambik keputusan sambung master. Mula2 agak berat sbb tengok kawan2 ramai kerja. Tapi bila bincang2 dgn famili balik, aku redha je dgn keputusan yg aku buat. At least, bila dh hold master nnti, aku dh ada opportunity to be a lecturer. Cita-cita kot. Tapi kalau tak tercapai pun tak pa lah kan. Kerja jela apa-apa yg halal lagi berkah.

Cuti semester last time, aku p bercuti ke kota kinabalu, sabah. tercapai impian nak tengok gunung kinabalu. Sangat2 teruja walaupun tak dapat nak daki. Geramnya, kalau ada rezeki, nak pergi lagi untuk tawan gunung kinabalu pulak. Banyak jugak benda baru yang aku tengok. Sangat menarik walaupun most people cakap tak best pun sabah. Tapi pada aku culture yang pelbagai tu la yg menarik. Its beautiful.

Dan sekarang, baru seminggu aku masuk semester 2 utk master ni. Nak start balik tu agak bercinta la jugak. Baru first class dah dapat assignment dan kena present. So, harap dapat bersabarlah. Bulan 6 tahun depan kita babai la kat uitm. Kalau ada rezeki sambung PhD pulak. Erkkk. Soal kawin pulak biar Dia yang tentukan sama ada ajal datang melamar dulu atau jodoh bertemu dulu. hehe. ;-)