CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 26, 2011

tenang setenang-tenangnya :)

ALHAMDULILLAH..

tenang nya hati, kepala n segala2nya lahh.

wuhuuu !! xtau nk ckp. bhgia sngt2. snyum smpai telinga dh ni. hek2..

bkn ape, mmg best kan kalau kita dah luahkan pe yg kita rasa.

hehe. mmg gitu kot cara org pompuan nk tngkan pikiran dia..

fuhh. lega wehh.

skng sibuk pulak n agenda konvokesyen .

2 bulan lagi kotttt.. tp rasa mcm besok je nk konvo.

sbbnya, ntah mcm2 mende yg kne bt dari skang. bz. haiyooo..

tp xpela, ati tgh senang.. apa pn trasa lapang... yeayyy..

let's go to do work :) makan lahhhh. nyumnyumm !!

tke care olls. as salam :))

Wednesday, January 19, 2011

terbang jauhh.. ;)

ALHAMDULILLAH..

entry kali ni nak ajak korg TERBANG ,

jommm !!!

yg pasti
TERBANG ni xperlukan flight & money lgsung. hihi

tp..

kt entry ni aku la yg terbang yer.

klu korg nk join... bacelah ;)

First skali ...

aku nak
TERBANG ke satu tempat yg mmg aku teringin sangat nak pegi .

^_^ Mengerjakan Umrah ke Baitullah :) xkisah la aku g n mak ayah atau future hsband. JANJI , aku dpt pegi . sngt2 TERINGIN lahh (muka excited sngt skng ni) hihihi.


SUBHANALLAH !!

Second ,

TERBANG ke KERJAYA aku ...

^_^ sudah semestinyalah
PENSYARAH . dari kecik smpailah beso , cita2 aku xpnh berubah . (sbb tu la abis dinding umah aku kne conteng , nk jd cikgu/lect pnya pasal . hehehe)... tp, nk jadi lect. skng ni koman2 pon kne ada DGREE . so, insya Allah..

^_^ kalau xdpt jd LECT... hurmm..
S/U pn oke la jugak. aku dah ada basic S/U nieh.
teringat pulak mse kck2 , aku slalu belagak mcm teror menaip xtgk keyboard .
(flashback jap). Alhamdulillah , skrng ni da boleh MENAIP without looking keyboard . YEAY !!!

^_^ & the last, klu xdpt jd LECT or S/U .. konfom2 lah aku jadi
P.W. (Personal Wife) a.k.a ISTERI . hehe . tp, klu jd LECT or S/U pn kerja yg TETAP smpai MATI opkoslah P.W.

banyak tangan ooo klu jd housewife ..best2 :)

kethree pulak ..

nak TERBANG ke WEDDING PLANNING pulak ..

^_^ kih2. syiok lak yg ketiga ni. opkoslah ebery org ada pilihan sndiri...kawen skali seumor idop kan ?? insya Allah..

^_^ aku nye pilihan time kawen, tadela nk mewah2. sederhana sudahh. JANJI, baju pengantin & sume pekakas kawen, mstilah bewarna
MERAH (paborite kaler i taw)

^_^yg PALING PENTING, walimatul urus aku nnti, tanak menyusahkan family.. so, ala kadar pun takpe :) *no pelamin . hehe.



ni bukan baju aku taw.. gambaran sajer :D

keempat nya ,

let's go to
HONEYMOON pulak. hik3...

^_^ skurang2nye dpt g honeymoon luar negara oke jugak (
UMRAH & SLH 1 PULAU DI KOREA)

^_^ dalam negara,
LGKAWI pon oke jugak :) (wlupn da bpe bnyk kali smpai sna) huhu..


Buat masa ni tu aje . smpai honeymoon suda lah yer . kalu aku dipnjgkan umur & dirajinkan diri utk mengupdate blog . after aku kawen , aku akan smbung PENERBANGAN aku ke alam FAMILY pulak :)) tp tnggu la bpe tahun lagikk . hehehe .

sebenarnya kalau korg nk tahu,
PENERBANGAN aku ni ttg ANGAN2 aku . hihi
so, ni hanya angan2 taw.
klu dapat ALHAMDULILLAH..
klu xdpt pn ALHAMDULILLAH..


that's all. tq . As Salam :)



Monday, January 17, 2011

rintihan wanita . betoi ka ???

Sikap seseorang boleh didapati dengan mendengar dan memahami apa yang keluar dari mulutnya.

Samada suka, marah, bersahaja atau apa juga sikapnya. Berikut ialah ungkapan-ungkapan yang sering dikeluarkan dari kaum Hawa. Jadi anda perlu kadang-kala memikirkan apa maksudnya yang tersirat sebelum anda tersilap memberikan reaksi yang mungkin bakal menimbulkan bencana :) (for men kot) hihi

Ini lah yang perempuan lazim gunakan untuk menghentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT

Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA

Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH!

(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN

Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH

Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.‘OKAY LAH’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

BUAT LAH

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH

Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

:)

Sunday, January 16, 2011

dilema T_T

Alhamdulillah..

trasa lama lak aku mnyepi dari blog nie..
nothing to story ler.. huhuhu..
aku kn pnganggur terhormat . hihihi
keje aku hari2 tolong mak sajer .

PA utk mak pn mulia ape kan ??
jeles jugak tgk ramai kawan2 da keje .
aku ni idok jugak lagik. hihi..

takpe, mgkin Allah bg aku masa dok n mak ayh dlu.
sian kt parents aku klaw aku da keje.
msti bosan, tmbah2 mak aku.. takde teman.
yeler, aku je ank pompuan yg ada skrng & pling pnting ank bongsu kot..
msti org pkir aku ni ank mnja , xreti nk brdikari ..
hmm. klu la org tahu pe yg aku rsa .. (trsedih pulak) huhu

hmmm. ni la yg tgh aku DILEMA kan ni..
bila xpat keje aku ingt nk la smbung blaja .
YUP, aku da apply pn utk further stdy .
BUT, bila aku cite kt mak , muka dia berubah ??
uwaaa... tros aku jd sebak pulak .
aku taw msti dia sedih . tp mak kannnn..
mne la dia nk tnjk ape yg dia rasa .
Klu boleh nak je aku blaja dekat2 n umahh .
skrng-krngnya aku bleh balek tiap2 mnggu .
tp yg dkt n aku pn tepen je la, huhu.
KURSUS2 bnyk le kt ctu .
tp oke gak an ? g KURSUS KAWEN bleh ? hik2
kira menuntut ilmu la jugak kan ? hihi ^_^
trok bnor .

& scara tbe2 aku trfikir ..
antara parents & blaja .
bg aku parents lg penting ,
nak2 mak ayh aku da tua .
ni la masa nya aku nk berbakti kt dorg .
kakak2 aku sume da ada suami msing2 .
opkos la kne pntingkan suami dulu kan ??
cuba klu aku da kawen (bleh plak cuba2, hehe)
hmmm.. SIAN mak .

ABG2 aku , 2 org da kawen.
msing2 ada family , wlupn ank laki yg pttnya kna jga .
TAPI..........
anak laki . bknnya rapat n mak .
yg bujang sorg tu jauh la pulak,
hurm, klu dia dok umah pon sma jugak .
tidoq ja keja.. baek ta payahhh..
bt mak penin lg ada lah. huhuhu..

KAKAK2 aku , msing2 jauh..
stahun 2 kali balek .
bukan dorg tanak blek,
msing2 ada suami, kerja ..

& AKU ... sngt2 BERSYUKUR .
sbb diberi peluang masak utk my parents,
jadi suri rumah wlupn blom kawen .
& ALHAMDULILLAH .
spnjang aku dok umah n mak ayah
jarang dh aku shopin2 nie.
so, duit mak ayh xla bnyk guna :)
makan pn xbnyk mana . (tgk bdn lahh)hihi

NTAH, bila aku kt umah n parents aku .
apa pn aku da xpkir ,
bju bru, kst bru, mekap, duit sume da xpnting.
guna apa yg ada sja..
JANJI , MAK & AYAH ada dgn aku :)

dorg lah KAWAN, TEMAN & KEKASIH aku .

apalah guna klaw kita blaja tinggi2 tp x berkat kan ??
insya Allah, aku akan buat keputusan yg tepat nnti ..
ni lah masa utk aku buat keputusan sendiri
GUD LUCK to me :)
mende yg remeh2 , bley blah dlu yer .. hihi
OK, gtg, take care !


p/s : mengucapkan SYUKUR menyedarkan kita bahawa tidak ada yang kebetulan dalam hidup ini. Apa yang terjadi dalam hidup kita, SIHAT & SAKIT, BAHAGIA & DERITA, BERTEMU & BERPISAH, TAWA & AIR MATA semua itu adalah ANUGERAH Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai kebaikan untuk kita dan bukanlah sebuah kebetulan :)

ASSALAMUALAIKUM ^_^

Sunday, January 9, 2011

Lelaki tahu Perempuan tahu

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.