CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 29, 2021

31'st and more to come

 Assalamualaikum

Sekian lama tak berbloging. Alhamdulillah hari ini 29.9.2021, genap usia 31 tahun. Syukur masih di beri kesempatan untuk bernafas di Muka bumi yg sementara ini. Syukur jugak sebab masih dan sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yang tersayang.

Alhamdulillah, feeling blessed dengan keberadaan sang suami, double Muhammad and one more to come. Inshaa Allah. Semoga diberi kesihatan dan kekuatan untuk ku demi menjaga mereka yg tersayang.

Of course the most valuable and important people in my life, Mak & ayah serta siblings yg Sgt2 supportive. I felt that I'm still baby whenever with them. Never ask anything yet you got many things from them. Thank you Allah for giving me such a lovely family.

Now since I've entered 30 series I have more clearly about my future. I have several wishlist to achieve. Inshaa Allah. May Allah ease my way.

1. On time pray - everyday

2. More attention towards husband & children - everyday

3. Start up my own bakery stall - 3years more

4. Open my own bakery shop & help new entrepreneurs - 5years more

5. When my children grown up, I want to further my studies in PhD.

6. Bring family to vacation

Semoga di beri kemudahan dan kesihatan yang baik. 

That's all. Happy Birthday to my dear self. Be yourself & be happy 😘

Monday, October 30, 2017

New Title

30/10/2017

Syukur Alhamdulillah. Masih berpeluang menghirup udara Allah dan diberi kesempatan untuk berkongsi kisah hidup aku.  Blog ni makin lama makin hilang seri. Widget-widget semua dah tak berfungsi lagi. haha. kesian la hai, tuan kamu tak peduli pun. setahun sekali je jenguk tu pun bukan nak arrange bagi elok ke apa. Just publish je cerita, nanti dah tua boleh baca, gelak-gelak dengan anak cucu. hihihi.

So, apa cerita aku kali ini ye.. Last entry aku pregnant kan. Takkan la entry ni pun cerita pasal pregnant kan. Of course la I dah selamat melahirkan bebiboi yang diberi nama Muhammad Aabid. Pengalaman bersalin aku tak lah teruk mana. Alhamdulillah aku bersalin secara normal.

Alkisahnya, due date bersalin patutnya 21/6/2017, 5 hari sebelum raya puasa. Disebabkan si Aabid beria benar nak duduk dalam perut umi dia, akhirnya ummi dia berpeluang beraya sakan makan pulut lemang ketupat tak ingat dunia, kuih raya, rendang dan segala macam menu. Risau takut terberanak masa raya dah nak kena letak nama muhammad syawal pulak. hihi. tunggu punya tunggu tak nak jugak keluar walaupun dah masuk 3 hari raya. Doktor dah tetapkan tarikh masuk wad kalau still tak sakit 28/6/2017 untuk diinduce.

Pagi 28/6/2017 aku dimasukkan ke wad bersalin. Still aku berharap aku akan sakit naturally.  Tapi tetap jugak tak rasa sakit apa2. segala tanda-tanda nak bersalin pun tak kelihatan. Padahal dah 41minggu atau bersamaan 10bulan7hari. Bila dah tunggu2 pun tak sakit, aku pun redha la kena masukkan ubat. Pukul 2 petang aku dimasukkan ubat. Pukul 6 petang mak ngan ayah ngan husband datang melawat bagi kata-kata semangat. hehehe. masa tu dah start sakit pinggang tapi boleh lagi makan ngan sembang2. Elok nak solat maghrib sakit makin terasa sekejap2, masih boleh mengaji Quran, kerap baca surah Maryam. Sementara nak tunggu Isyak, sakit makin kuat. terasa macam nak tercabut pinggang. Rupanya macam tu rasa contraction, I tak dapat nak bayangkan. Sakit datang 10 minit sekali tapi sakitnya Allah saja yang tahu. Dalam pukul 9 lebih sebab dah tak tahan sangat pegi check bukaan, tp staff nurse cakap baru 2cm. Aku pun pergi la balik kat katil dengan wajah yang hampa. Disebabkan tak tahan sangat sakit, aku pun sapu Minyak Kelapa Dara Original made by my sister kat bahagian perineum untuk memudahkan bukaan. So, aku biarkan sekejap tahan smpai pukul 11 camtu aku pun pegi check nak tgk bukaan. Dan alhamdulillah, bukaan dah 4 cm. nurse pun terkejut pastu cepat2 suruh ke labour room.

Now dah masuk labour room, doktor check bukaan dah 5cm lepastu pecahkan air ketuban dan doktor pun cakap, kita tunggu sampai 10cm ye. Aku pun walaupun tengah mamai2 sakit tapi still boleh tanya, agak2 doktor nk bukak smpai 10cm tu pukul berapa? jawapan dia pukul 2 or 3 pagi. aku hanya dapat ketawa sinis. Aduila. Baru pukul 11.30 nak tunggu pukul 2 or 3, nangis aku. Dalam sejam lepastu dlm 12.30 tgh malam (29/6/2017) contraction makin kuat ngan denyut jantung anak tetiba drop. Apalagi, kelamkabut doktor ngan bidan mai. Check2 bukaan dah 8cm. Bidan kata kalau rasa sakit, teran je. Aku pun teran la, 3 kali teran keluarla sebijik permata hati umi dan abi. oh by the way, husband I dipanggil masuk masa dah nak teran tu, dia kata nampak rambut tersembul kat pintu.  Alhamdulillah, hilang semua rasa sakit, datang rasa lega ngan bahagia bila nurse letak baby kat dada, suami pun ada sekali masa tu. Rasa nikmat sangat. terasa macam nak beranak lagi. hahaha.

Alhamdulillah.
Semalam 29/10/2017, genap 4 bulan Aabid bersama umi ngan abi.  Berat pun dah 7.9kg ngan panjang 65. Alhamdulillah BMI normal tiap2 bulan. Aktif sentiasa. Kadangkala rasa penat ngan susah jaga anak tambah2 bila ada peel baru yang dia dapat. Tapi kami suami isteri enjoy these moments. Semoga anak umi ngan abi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat umiabi.

Bagi diri aku sendiri pulak, merasai fasa mengandung, bersalin dan menjaga anak memang impian aku dan Alhamdulillah aku dapat melalui nya walaupun adakala penat, letih, payah, susah, terkadang menangis sendirian sebab terasa berat nak memikul tapi itula kelebihan yang Allah bagi kat wanita. sesusah mana, sesedih mana, sesakit mana pun dia, bila dia lihat suami dan anak dia gembira, hati dia pun turut gembira malah lebih bahagia. Syukur.


p/s next entry maybe pasal adik Aabid pulak ;)

Sunday, December 4, 2016

Status changed

4/12/2016

Entry sebelum ni pada 9/12/2015.  Setahun aku ambik masa nak mengupdate blog ni. Rasanya ramai yang dah tak tahu aktiviti aku sekarang ni sebab aku sangatlah tidak aktif di media sosial sekarang ni. Bukan tak aktif langsung, cuma kalau aktif pun just scroll gitu tengok berita-berita ngan isu semasa je. Kawan-kawan yang mana rajin update tu, aku tau la sedikit sebanyak aktiviti dorang.  Cuma aku je yang tak berminat nak publish apa-apa.

Last entry, aku masih dalam pengajian ijazah sarjana.  Dan entry sekarang aku dah tamat belajar, almost 6 months.  How time flies... Rindu pulak zaman-zaman belajar.  Dalam tempoh pengajian yang tak sampai dua tahun tu, aku telah menukarkan status aku yang single kepada married woman dalam erti kata lain aku kahwin la.

Di ringkaskan cerita, perkenalan pada awal pengajian yang di recommend kan oleh orang tengah membuah hasil. hehe. Kami berkenalan pada bulan 3/2015, bertunang bulan 9/2015 dan bernikah pada 2/2016.  Perkenalan yang sangat singkat lah pada aku.  Kami masing-masing tak nak bercinta dan si dia pun memberanikan diri melamar aku melalui mak aku sendiri. Nampak macam keputusan yang aku buat dalam tempoh yang singkat ni seakan-akan seperti aku tergesa-gesa kan ? Tapi aku dah yakin selepas aku tanya pendapat keluarga, kawan-kawan dan diakhiri dengan istikharah. Bukanlah aku pilih si dia sebab muka dia keluar dalam mimpi aku, takk.. cuma perasaan aku bila aku pilih dia untuk jadi suami sangat tenang dan lapang.

Dan Alhamdulillah, aku sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang cukup sempurna di mata aku dan sedang menanti si kecil permata hati kami. Semoga kekal menjadi keluarga yang mawaddah, sakinah wa rahmah.  Insha Allah.  Buat masa ni aku masih tidak bekerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.  Next entry nanti aku cerita kisah tahun depan pulak,. Insha Allah, mommy-to-be will become mommy full time next year. May Allah ease everything. Till we meet again.

Assalamualaikum.

Saturday, September 12, 2015

Yearss

 Assalamualaikum..

Lamanya blog ni terbiar.. too many things happened throughout the years. Last updated pun 2012. 3 tahun aku menyepi dari blog ni. Dh terlampau banyak cerita suka duka sampai tak ingat.

Tahun 2013 aku tak banyak kisah sangat. Study je dan kalau cuti pun tak ke mana2. 2014, cuti semester sebelum masuk praktikal aku pergi bercuti ke Jakarta & Bandung. Quite interesting with different surroundings and environment.  Pada yg suka shopping tu sangat lah sesuai. Aku lebih prefer melawat tempat2 pelancongan, antara yg aku ingt tangkuban parahu, kawah putih. Tu je yg aku ingat.

Pastu, dalam tahun 2014 pun ada terselit cerita duka tapi sekejap je sebab tak kuasa nak layan. Biasa la, suka duka silih berganti. Ada hikmah di sebalik apa yg jadi. Allah dah aturkan perjalanan kita sebaik-baiknya. Cuma Dia nak tengok macam mana kita deal dengan ujian yang diberi. Alhamdulillah, hati aku masih kuat dan aku harap akan terus kuat untuk hari2 yg mendatang. Dan dalam tahun ni jugak aku graduated in bachelor degree. Lps tu goyang kaki balik selama 4 bulan.

And then, aku dapat offer further study dlm course yang sama. Fikir punya fikir, istikharah pun buat. Aku pun ambik keputusan sambung master. Mula2 agak berat sbb tengok kawan2 ramai kerja. Tapi bila bincang2 dgn famili balik, aku redha je dgn keputusan yg aku buat. At least, bila dh hold master nnti, aku dh ada opportunity to be a lecturer. Cita-cita kot. Tapi kalau tak tercapai pun tak pa lah kan. Kerja jela apa-apa yg halal lagi berkah.

Cuti semester last time, aku p bercuti ke kota kinabalu, sabah. tercapai impian nak tengok gunung kinabalu. Sangat2 teruja walaupun tak dapat nak daki. Geramnya, kalau ada rezeki, nak pergi lagi untuk tawan gunung kinabalu pulak. Banyak jugak benda baru yang aku tengok. Sangat menarik walaupun most people cakap tak best pun sabah. Tapi pada aku culture yang pelbagai tu la yg menarik. Its beautiful.

Dan sekarang, baru seminggu aku masuk semester 2 utk master ni. Nak start balik tu agak bercinta la jugak. Baru first class dah dapat assignment dan kena present. So, harap dapat bersabarlah. Bulan 6 tahun depan kita babai la kat uitm. Kalau ada rezeki sambung PhD pulak. Erkkk. Soal kawin pulak biar Dia yang tentukan sama ada ajal datang melamar dulu atau jodoh bertemu dulu. hehe. ;-)

Sunday, March 11, 2012

I'm back ;)

Alhamdulillah...
aku dah selamat sampai ke Malaysia Jumaat lepas (2 Mac)..
aku still xpercaya yang aku dah jejakkan kaki di tanah Haram Mekah & Madinah.
Sayu rasanya nak tinggalkan dua2 kota tu..
masih terasa lagi sejuk lantai di masjid al-Haram semasa sujud..
masih terbayang kaabah yang teguh di tengah2 masjid al-Haram.
rindu rasanya nak menatap kiblat tu lagi.

"Ya Allah, jangan jadikan umrah ini yang terakhir dari ku dan keluarga ku.. Panjangkanlah umur kami, sihatkanlah tubuh badan kami dan murahkanlah rezeki kami supaya dapat kami menziarahi Baitullah dan menziarahi Rasul Mu lagi."

4 Mac 2012

bersiap utk pulang ke Seri Iskandar..
menyambung perjuangan yang belum selesai..
hmm.. hati ni tersangat lah berat nak balik ke U..
dan sekarang, ckp seminggu aku kat SI..
Alhamdulillah, aku da boleh meringankan hati aku. hehehe..
oh, lupa nak cite sal result semester 1..
takde la gempak sangat tp alhamdulillah.. Dean List ;)
btw, utk kwn2 yg lain, congrate 4 the rslt !
mdh2an semester 2 ni makin meningkat . Insya Allah..

*pic umrah nnti ada msa aku upload ok*

Ayuh kembali ke UiTM ! fighting !! ;)


Monday, February 13, 2012

syukur (",)

Alhamdulillah ..

sekarang aku sedang bercuti semester.. insya Allah, result final 22 hb 2 keluar.
bulan 3 aku start masuk semester ke 2.. cepatnya masa berlalu.
tak sabar rasanya nak habiskan study..
cuti ni aku jadi babysitter utk Aliya Zahra merangkap ank sdara aku.
so, aku bnyk abiskan masa n dia je... xkeluar g bejoli, beshoping, besosial pn..
lagipun aku mmg xminat ;) bersosial n family lebih baik kan ?

17hb 2 ni, insya Allah aku akan berangkat ke tanah suci Mekah utk mengerjakan Umrah. Alhamdulillah. smpai sekarang aku xpercaya aku bakal jejak di tanah haram tu. Subhanallah.. tak sabar n aku rasa sebak sebab aku dipanggil utk menziarah rumah Allah tu.

sebelum aku berangkat, aku nak mintak maaf kat semua kalau ada salah dan silap atau terasa hati dengan kata2 aku selama ni. Doakan keselamatan kami sekeluarga pergi dan balik dan dipermudahkan segala urusan di sana. Insya Allah.

aku pernah post impian aku sblm ni kat entry

terbang jauh

Alhamdulillah.. hajat pertama aku tercapai .

syukur ya Allah !

Sunday, July 17, 2011

one more step ! Insya Allah

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM :-

Program : (OM221) Sepenuh masa
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT (KEPUJIAN)
FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kampus : A - UiTM Seri Iskandar , Perak Darul Ridzuan

ALHAMDULILLAH ^_________^

p/s : mgkin mmg takdir aku blm layak utk bekerja :)
syukur atas segala nikmat & rezeki Nya , thank you Allah