CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 17, 2011

one more step ! Insya Allah

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM :-

Program : (OM221) Sepenuh masa
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT (KEPUJIAN)
FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kampus : A - UiTM Seri Iskandar , Perak Darul Ridzuan

ALHAMDULILLAH ^_________^

p/s : mgkin mmg takdir aku blm layak utk bekerja :)
syukur atas segala nikmat & rezeki Nya , thank you Allah

Wednesday, July 6, 2011

peringatan bersama :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah . masuk bulan rejab sudahh.. pastu bulan Ramadan pulak.. semakin cepat masa berlalu . semakin bertambah usia dan pengalaman hidup. syukur pada Allah dengan segala yang telah berlalu :)

lama rasanya xpost kat blog ni.. da jarang jenguk , padahal macam2 story nak post. huhu.. so, entry kali ni pun takde la nk story hot2.. cuma terfikir sesuatu kat kepala ni..

kita selalu minta & doa mohon kebaikan untuk diri kita , yup .. xsalah . mmg bagus sebab DOA itu kan satu IBADAH .

yang musykil nye, kita mohon pada dia , tapi kita sendiri pernah tak taat dan patuh pada perintah dia???

contoh, kita xsolat, xpuasa, xzakat, xtutup aurat, bersentuhan laki perempuan .. tak ke kita rasa MALU kepada DIA kalau kita minta sesuatu dari DIA. rasa-rasanya doa kita diterima tak ? wallahua'lam...

so, pe yang perlu kita buat.. sama2 la MUHASABAH DIRI dan CUBA BERUBAH. mudah2an doa kita diperkenankan & kita sentiasa berada dibawah lindungan Nya.. insya Allah .

p/s : entry ni tade kne mngena dgn orang lain, just ingatan untuk diri sendiri & kalian sume
selamat beramal & selamat malam :)

Monday, June 27, 2011

Blank T_T

Assalamualaikum :)

Segala puji bagi Allah ..

hai la kepala.. awatla asyik dok pikiaq bukan2.. hurmm.. serba tak kena plak arini. sebab makan bnyk ke ? or sebab tido terlebih.? hoho . sabo jelahh.. so, cara nak ubat hati dari melalut lalut ni baik aku tido. =.=' tido lagik. nmpk bnor xde kroje. padahai beduyun2 kain kt luo tu blom lipat. huhuhu.. ni sume gara2 Encik K ! haishhh. opsss .. Astagfirullahalazimmm.. ta baek la pulok . huhu. udah le. kang telebih2 plak aku nih.
Jika kita yakin dengan aturan dr Nya...
kita dpt menerima setiap ketentuan dr Nya dengan redha..
walaupun kekecewaan itu mgkin ada...
InsyaAllah.. Lukanya tidak berdarah lama.. Yakinlah dengan Allah... ♥

p/s : Don't worry SAYANG, insya Allah .. you'll find da way !
Assalam ^___^

Thursday, June 2, 2011

wanita = 1000

Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab:

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
...Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali "0".

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
See More

(^___^)


Sometimes it is not the pain that makes you suffer,it is your own negative thought that makes things seem even worst. Always keep the mind positive ♦♦♦

Put your trust in Allah !!!
Alhamdulillah !

Saturday, May 21, 2011

berani untuk gagal !

ALHAMDULILLAH..

surat yang ditunggu-tunggu smpai jugak arini ..
bedebar-debar nak bukak sampul , macam dapat surat cinta pulak. hikhik !

surat drpd pihak UPSI .
keputusan yg aku terima , DUKACITA .
so, perlu ke aku berdukacita ?
sedih mmg la ada tp ckit je kot..
nape la aku ni mcm takde prasaan je .
nmpknya masa aku dgn mak makin bertambah :) *suka2
tp, duit mak pun makin berkurang la sbb ada aku :( *xsuka2




xpe, mungkin ni bukan rezeki aku & mgkin tmpt tu xsesuai utk aku.
jadi, kita tunggu lagi satu surat ..
kalau lagi 1 surat tu pn mendukacitakan .
aku nak kawen lahh ! haha..
ERT aku da terer . errkk ! terer ke?

percaya pd diri & think positive :)
benda yang diperoleh dengan cara yang susah lebih bermakna & nikmat
daripada benda yang diperoleh dengan cara yang senang..
Insya Allah, rezeki Allah ada di mana2 . Doa, Usaha, Istiqamah & Tawakal ..

ALHAMDULILLAH .. apa sja keputusan aku terima ^_^

mutiara 2

" Hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa. Bersyukurlah dan berpuas hatilah dengan apa yang kita miliki sekarang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa kita akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak kita miliki "


bersyukurlah :)

ALHAMDULILLAH atas segala pemberian Mu.

Thursday, May 19, 2011

Pesanan buat ADAM & HAWA

Dari Hawa untuk Adam.


Adamku,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akal mu sembilan, nafsumu satu. Akal ku satu, nafsu ku beribu. Oleh itu Adam pimpinlah tangan ku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adamku,

Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga ku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersama mu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan pada ku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar makruf dan nahi mungkar.

Adamku,

* Ajari aku agar menjadi isteri mu yang solehah.
* Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah.
* Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah.
* Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh pada mu setiap waktu.
* Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku.

* Bantulah aku agar otak ku tidak buntu.

* Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung.

* Pimpinlah aku menuju Nur al-jannah.

* Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah.

* Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah.


Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasullullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabia'atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatus Sa'adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah.

Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidup mu Adam ku .


Bingkisan tulus dari Adam untuk Hawa..

Hawa ku,

Meski aku Adam, gagah pada luaran, ada kalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin khalifah bagi mu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu. Nafsu ku satu, akal ku sembilan, namun yang satu itu sering menjadikan aku di luar kawalan, kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya di balik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.

Hawa ku,

Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan Kalamullah, agar dapat aku memandu mu ke syurga al-jannah. sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup ku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersama mu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untuk ku. Aminkan doa bacaan ku, moga nanti luas syurga mu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milik mu.

Hawa ku,

* Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana.
* Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zauj mu kelak.

* Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi.
* Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriat ku penuh dengan kesantunan mu.
* Aku lebih suka kata-kata mu berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah.
* Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri.
* Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia.

* Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga diri mu tidak terlalu murah.
* Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar'a fatonah.
* Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi.

* Siramlah hati dan dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap yang Kuasa.
* Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah, agar kelak tidak dipandang lemah.


Meski kau dicipta daripada rusuk ku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah.

Oleh itu, ingatlah aku, Adam mu yang sering leka dan alpa.
Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdausi.



p/s : Allah menciptakan manusia berpasangan tetapi setiap manusia dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, KELEBIHAN yg ada pada ADAM akan melengkapkan KEKURANGAN diri HAWA dan KELEBIHAN yg ada pada HAWA akan melengkapkan KEKURANGAN diri ADAM. Saling ingat-mengingati, insya Allah.. kebahagiaan hakiki dapat diraih (.___.)

Monday, May 9, 2011

Aku jatuh cinta

CINTA ..

Lahirnya dari DUA hati . Hadirnya tanpa dipaksa .

YA ALLAH , AKU JATUH CINTA !

Ya Allah Ya Tuhanku
Telah datang kepadaku seorang insan Yang mengetuk pintu hati ini...

Sekiranya dia adalah jodohku Yang telah Engkau tetapkan buatku..
Sejak dari kandungan ibuku lagi..

Maka, permudahkanlah urusanku.. permudahkanlah urusannya Dan permudahkanlah urusan kami berdua..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Lindungilah imanku Ya Allah, Lindungilah imannya Ya Allah, Lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini dari dosa dan fitnah.
Amin Ya Rabbal Alamin..

CINTA , karya indah sang Pencipta Dimulakan di syurga Dimasukkan ke dalam jiwa Adam & Hawa.. Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa dengan kadar yang berbeza. Cinta sebenarnya tidak buta Cinta adalah sesuatu yg murni, luhur & diperlukan.. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan..

CINTA, MENYINTAI & DICINTAI
Adalah lumrah kejadian manusia
Hak untuk bercinta & menerima cinta
Bergantung kepada individu itu sendiri..
Pilihan adalah terpulang kepada kita..
Jika pilihan berlandaskan agama pasti diberkati...
&
Sekiranya berlandaskan nafsu pasti terhumban ke lembah kehinaan.


p/s : Jangan tertarik kpd seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kpd kekayaan kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana hanya senyuman yang dpt membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah .___.

Tuesday, April 26, 2011

Tuhan itu bekerja dalam rahsia

ALHAMDULILLAH

Buat pertama kalinya aku dapat panggilan interview yg xmenyempat-nyempat. dah la aku baru apply vacancy tu hari sabtu.. tup2 , khamis ni da nk interview.. at least gthu le 2minggu sbelum ke.. bile aku merepek ,

mak aku balas gini :- bila xdapat bising, da dapat pun bising ! nak mcmmana lagi xtau la..

Dush ! kne la aku sebijik , dua bijik.. hmm.. aku sengeh je la. dalam hati aku , aku tahu.. mak xsanggop nak bior aku keje jauh. kat tanjung malim pun myb berat nk lepas, tmbah le kt KL yg hidup saja sepanjang malam..

so, aku akan pegi la ke intrview tersebut. Walaupun hati aku setengah rela jer. sbbnya, aku harap aku dpt keje PPT, wlupun xsehebat s/u. tp kita tak tahu rezeki Allah nak bagi. Kadang2 apa yg kita tak suka tu la yang kita dapat.

keputusan aku, sok aku g KL & ari Khamis aku interview . selesai !

mood :- macam rojak dah .



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu . Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui .

Monday, April 25, 2011

mutiara 1

ALHAMDULILLAH :)

masih diberi peluang menikmati hidup .

mutiara ilmu :-

~~ Manusia yang baik, bukan bermakna manusia itu tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan. ini kerana manusia tidak maksum selain Nabi Muhammad S.A.W. Jadi, melakukan kesilapan dan kesalahan itu adalah fitrah. cuma sebaik-baik manusia adalah orang yang sedar kesalahannya dan bersegera memohon keampunan atas salah yang diperbuat. Jadi mohonlah maaf dan insya Allah kita dipermudahkan pula memberikan maaf ~~






Tuesday, April 12, 2011

novel Islamik :)

As salam ..

entry kali ni nk kongsi lah dgn korang kisah 1 novel yg pada aku mmg best, bnyk pengajaran n info2 yg berguna. Almaklumlah, semenjak jadi penganggur terhormat..masa aku banyak dengan buku2 & novel yg ada . Sambil2 belajar sulam menyulam dengan mak , layan ler novel2 yg ada. hikhik.

selalu aku layan novel cintan cintun jer.. mybe sbb dah boring, jln citer nye sama jep. so, aku pn beralih arah ke novel yg lebih kpd keagamaan, kerjaya & famili. not bad ! antara yg menarik minat aku sangat2 , novelis suami isteri yg baru berkecimpung (hurm, myb da lama cuma aku je yg tertinggai kut) hukhuk !


Dr. Farhan Hadi & isterinya Fatimah Syarha

- Sinopsis -

Denyut Kasih Medik karya Dr. Farhan Hadi , merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.



Subhanallah .. kisah seorang doktor yg mengamalkan cara hidup Islam yg sempurna . pada yg belum baca , ce beli .. sure xrugi, bnyk info & fakta2 yg berguna yg buleh kita blajar. pasni nak start borong novel2 dorang lahh :) sekurang-kurangnya, dapat tambah ilmu2 yang baru & yg kita xtahu .

Alhamdulillah :)

Tuesday, February 8, 2011

buatmu bakal zaujku...

Awak thu x,

kenapa bila awak ajak keluar, sy xnak keluar berdua?

Sebab saya xnak ada yg ke3 antara kita…

Kenapa bila kita jmpa saya ajak teman2/kakak saya?

sy thu awk xkisah kita jmpe br2 atau ada teman..

Tp saya tak nak jd nisa’ yg hancurkan iman seorang rijal…

Awak thu kenapa saya lepaskan awak ..

Sebab sy ingat pesan awak, kita x thu jodoh kita..

Dan saya nak tengok awak bahagia walaupun tanpa saya..

ada sendu mlm tu..

Mesti awak x perasan kan sebab sy x nak awak thu saya sedih…

Awak thu kenapa saya xbg awak pegang tangan saya?

Sbb saya nak TANGAN AWK TANGAN PERTAMA yang sy cium selepas akad nnti..

Awak thu kenapa saya x bgi awak kiss sy dlm phone o “direct kiss”

Sebab sy nak AWK ORANG PERTAMA KISS saya lepas sarung cincin kat masjid t..

Mesti awak ckp sy tunjuk baik kan..

Tp awak, ini semua untuk awak,,

Selagi sy boleh, sy akan jaga dri ini hanya untuk ZAUJ sy..

Ini jnji saya pada bakal ZAUJ sy…

Sy nak jadi ZAUJAH yg terbaik untuk bakal ZAUJ saya..

INSYA ALLAH

*zauj - suami

*zaujah - isteri

Ya Allah, kekalkanlah hubungan kami dari kemurkaan-Mu . Semoga hubungan ini kekal berlandaskan syariat-Mu. aminn..

syuKur

Alhamdulillahh

Lama rasanya xjenguk blog ni.

Wlupn baru jer smnggu xpost pape..


Antara perkara yg menggembirakan ..

  1. aktiviti dgn famili.

- g picnic

- prtndingan mancing & fmili day.

  1. abd rahman balek kg jugak akhirnya

- dia tinggalkan bekas gigit kt dua2 belah bahu mak su dia.

- Dh pandai peluk mak su dia dr belakang . xpe, peluk mksu xpe jgn pmpuan len . haremm.. hehe

- Bantal busuk dia tertinggal plak. So, jd peneman maksu la time tidoq. Bau busuk adik . rndunya mak su kt dia. Huhu

  1. bakal dapat anak buah yg ke 13 . ALHAMDULILLAH.

- sekarang 12 org. 6 laki & 6 pompuan.

- yg ni laki k pmpuan ??? hmm.. mana2 pn xpela.. asalkan sihat & sempurna. Aaminn..

- Excited nya aku. Ttbe lak aku jd seorg yg penyayang kt kanak2. erk.. xpe kot .

  1. hubungan bertambah baik dgn sidia .

- walaupn jarang berhubung . Alhamdulillah. Semakin baik.. insya Allah

syukur . ya..

wlupn dalam susah & senang kita kena sntiasa bersyukur.

p/s : rezeki yg Allah beri kepada kita dtg dalam pelbagai bentuk.. kdg2 ada yg kurang hartanya tp diberi zuriat yg ramai, kdg2 harta smpai terlebih-lebih tp tak de zuriat. So, kita kena terima semua ni dengan bersyukur. Rezeki yg diberi kpd masing2 xlebih dan xkurang. ALHAMDULILLAH. Aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.. :)

Wednesday, January 26, 2011

tenang setenang-tenangnya :)

ALHAMDULILLAH..

tenang nya hati, kepala n segala2nya lahh.

wuhuuu !! xtau nk ckp. bhgia sngt2. snyum smpai telinga dh ni. hek2..

bkn ape, mmg best kan kalau kita dah luahkan pe yg kita rasa.

hehe. mmg gitu kot cara org pompuan nk tngkan pikiran dia..

fuhh. lega wehh.

skng sibuk pulak n agenda konvokesyen .

2 bulan lagi kotttt.. tp rasa mcm besok je nk konvo.

sbbnya, ntah mcm2 mende yg kne bt dari skang. bz. haiyooo..

tp xpela, ati tgh senang.. apa pn trasa lapang... yeayyy..

let's go to do work :) makan lahhhh. nyumnyumm !!

tke care olls. as salam :))

Wednesday, January 19, 2011

terbang jauhh.. ;)

ALHAMDULILLAH..

entry kali ni nak ajak korg TERBANG ,

jommm !!!

yg pasti
TERBANG ni xperlukan flight & money lgsung. hihi

tp..

kt entry ni aku la yg terbang yer.

klu korg nk join... bacelah ;)

First skali ...

aku nak
TERBANG ke satu tempat yg mmg aku teringin sangat nak pegi .

^_^ Mengerjakan Umrah ke Baitullah :) xkisah la aku g n mak ayah atau future hsband. JANJI , aku dpt pegi . sngt2 TERINGIN lahh (muka excited sngt skng ni) hihihi.


SUBHANALLAH !!

Second ,

TERBANG ke KERJAYA aku ...

^_^ sudah semestinyalah
PENSYARAH . dari kecik smpailah beso , cita2 aku xpnh berubah . (sbb tu la abis dinding umah aku kne conteng , nk jd cikgu/lect pnya pasal . hehehe)... tp, nk jadi lect. skng ni koman2 pon kne ada DGREE . so, insya Allah..

^_^ kalau xdpt jd LECT... hurmm..
S/U pn oke la jugak. aku dah ada basic S/U nieh.
teringat pulak mse kck2 , aku slalu belagak mcm teror menaip xtgk keyboard .
(flashback jap). Alhamdulillah , skrng ni da boleh MENAIP without looking keyboard . YEAY !!!

^_^ & the last, klu xdpt jd LECT or S/U .. konfom2 lah aku jadi
P.W. (Personal Wife) a.k.a ISTERI . hehe . tp, klu jd LECT or S/U pn kerja yg TETAP smpai MATI opkoslah P.W.

banyak tangan ooo klu jd housewife ..best2 :)

kethree pulak ..

nak TERBANG ke WEDDING PLANNING pulak ..

^_^ kih2. syiok lak yg ketiga ni. opkoslah ebery org ada pilihan sndiri...kawen skali seumor idop kan ?? insya Allah..

^_^ aku nye pilihan time kawen, tadela nk mewah2. sederhana sudahh. JANJI, baju pengantin & sume pekakas kawen, mstilah bewarna
MERAH (paborite kaler i taw)

^_^yg PALING PENTING, walimatul urus aku nnti, tanak menyusahkan family.. so, ala kadar pun takpe :) *no pelamin . hehe.



ni bukan baju aku taw.. gambaran sajer :D

keempat nya ,

let's go to
HONEYMOON pulak. hik3...

^_^ skurang2nye dpt g honeymoon luar negara oke jugak (
UMRAH & SLH 1 PULAU DI KOREA)

^_^ dalam negara,
LGKAWI pon oke jugak :) (wlupn da bpe bnyk kali smpai sna) huhu..


Buat masa ni tu aje . smpai honeymoon suda lah yer . kalu aku dipnjgkan umur & dirajinkan diri utk mengupdate blog . after aku kawen , aku akan smbung PENERBANGAN aku ke alam FAMILY pulak :)) tp tnggu la bpe tahun lagikk . hehehe .

sebenarnya kalau korg nk tahu,
PENERBANGAN aku ni ttg ANGAN2 aku . hihi
so, ni hanya angan2 taw.
klu dapat ALHAMDULILLAH..
klu xdpt pn ALHAMDULILLAH..


that's all. tq . As Salam :)



Monday, January 17, 2011

rintihan wanita . betoi ka ???

Sikap seseorang boleh didapati dengan mendengar dan memahami apa yang keluar dari mulutnya.

Samada suka, marah, bersahaja atau apa juga sikapnya. Berikut ialah ungkapan-ungkapan yang sering dikeluarkan dari kaum Hawa. Jadi anda perlu kadang-kala memikirkan apa maksudnya yang tersirat sebelum anda tersilap memberikan reaksi yang mungkin bakal menimbulkan bencana :) (for men kot) hihi

Ini lah yang perempuan lazim gunakan untuk menghentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT

Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA

Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH!

(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN

Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH

Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.‘OKAY LAH’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

BUAT LAH

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH

Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

:)

Sunday, January 16, 2011

dilema T_T

Alhamdulillah..

trasa lama lak aku mnyepi dari blog nie..
nothing to story ler.. huhuhu..
aku kn pnganggur terhormat . hihihi
keje aku hari2 tolong mak sajer .

PA utk mak pn mulia ape kan ??
jeles jugak tgk ramai kawan2 da keje .
aku ni idok jugak lagik. hihi..

takpe, mgkin Allah bg aku masa dok n mak ayh dlu.
sian kt parents aku klaw aku da keje.
msti bosan, tmbah2 mak aku.. takde teman.
yeler, aku je ank pompuan yg ada skrng & pling pnting ank bongsu kot..
msti org pkir aku ni ank mnja , xreti nk brdikari ..
hmm. klu la org tahu pe yg aku rsa .. (trsedih pulak) huhu

hmmm. ni la yg tgh aku DILEMA kan ni..
bila xpat keje aku ingt nk la smbung blaja .
YUP, aku da apply pn utk further stdy .
BUT, bila aku cite kt mak , muka dia berubah ??
uwaaa... tros aku jd sebak pulak .
aku taw msti dia sedih . tp mak kannnn..
mne la dia nk tnjk ape yg dia rasa .
Klu boleh nak je aku blaja dekat2 n umahh .
skrng-krngnya aku bleh balek tiap2 mnggu .
tp yg dkt n aku pn tepen je la, huhu.
KURSUS2 bnyk le kt ctu .
tp oke gak an ? g KURSUS KAWEN bleh ? hik2
kira menuntut ilmu la jugak kan ? hihi ^_^
trok bnor .

& scara tbe2 aku trfikir ..
antara parents & blaja .
bg aku parents lg penting ,
nak2 mak ayh aku da tua .
ni la masa nya aku nk berbakti kt dorg .
kakak2 aku sume da ada suami msing2 .
opkos la kne pntingkan suami dulu kan ??
cuba klu aku da kawen (bleh plak cuba2, hehe)
hmmm.. SIAN mak .

ABG2 aku , 2 org da kawen.
msing2 ada family , wlupn ank laki yg pttnya kna jga .
TAPI..........
anak laki . bknnya rapat n mak .
yg bujang sorg tu jauh la pulak,
hurm, klu dia dok umah pon sma jugak .
tidoq ja keja.. baek ta payahhh..
bt mak penin lg ada lah. huhuhu..

KAKAK2 aku , msing2 jauh..
stahun 2 kali balek .
bukan dorg tanak blek,
msing2 ada suami, kerja ..

& AKU ... sngt2 BERSYUKUR .
sbb diberi peluang masak utk my parents,
jadi suri rumah wlupn blom kawen .
& ALHAMDULILLAH .
spnjang aku dok umah n mak ayah
jarang dh aku shopin2 nie.
so, duit mak ayh xla bnyk guna :)
makan pn xbnyk mana . (tgk bdn lahh)hihi

NTAH, bila aku kt umah n parents aku .
apa pn aku da xpkir ,
bju bru, kst bru, mekap, duit sume da xpnting.
guna apa yg ada sja..
JANJI , MAK & AYAH ada dgn aku :)

dorg lah KAWAN, TEMAN & KEKASIH aku .

apalah guna klaw kita blaja tinggi2 tp x berkat kan ??
insya Allah, aku akan buat keputusan yg tepat nnti ..
ni lah masa utk aku buat keputusan sendiri
GUD LUCK to me :)
mende yg remeh2 , bley blah dlu yer .. hihi
OK, gtg, take care !


p/s : mengucapkan SYUKUR menyedarkan kita bahawa tidak ada yang kebetulan dalam hidup ini. Apa yang terjadi dalam hidup kita, SIHAT & SAKIT, BAHAGIA & DERITA, BERTEMU & BERPISAH, TAWA & AIR MATA semua itu adalah ANUGERAH Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai kebaikan untuk kita dan bukanlah sebuah kebetulan :)

ASSALAMUALAIKUM ^_^

Sunday, January 9, 2011

Lelaki tahu Perempuan tahu

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.