1. Menjaga hubungannya dengan Allah
Tidak mengabaikan solat, puasa, mengaji al-Quran, rajin ke masjid dan sebagainya. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi dibiasakan sebagai amalan. Merasakan Allah ada melihat dan mengawasi. Sekiranya kita hampir atau melakukan kesalahan, mereka berusaha mencegah dan menasihati.
2. Menjaga hubungan dengan manusia
Menjaga tutur kata, tidak suka merapu, lebih suka bercakap perkara yg berfaedah, sentiasa bercakap benar, menepati bila berjanji, hormat kepada orang lebih tua, bersama-sama ingat mengingati tentang pelajaran, merancang aktiviti yang sihat dan sebagainya .. (prkara ni lah yg slalu aku lupa..dlm proses pembaikan lagi) .maaf kawan2..
3. Menjaga Agama dan kehormatan diri
Memiliki rasa malu untuk berperangai tidak senonoh, tidak bersikap gedik atau menonjol diri, sebaliknya menjaga aurat dan menjaga diri daripada pergaulan bebas. Pandai menjaga diri dan keluarga. (Insya Allah)
4. Taat kepada Ibubapa
Sentiasa taat, hormat dan mendengar kata ibu bapa. Tidak sekali-kali melawan cakap ibu bapa, dimana mereka tahu akan dosa anak yg derhaka. Di samping itu menghormati mereka yang lebih tua, spt abg atau kakak dan mengasihi mereka yg muda yakni adik-adiknya.
5. Bercita-cita tinggi
Selain rajin beribadah, mereka juga rajin belajar dan mencintai ilmu pengetahuan. Ilmu-ilmu yg baik itu pula dikongsi bersama kawan-kawan, dalam mencapai masa depan yg cemerlang.
6. Bijak Mengurus masa
Kawan-kawan yang baik ialah mereka yang tidak suka membuang masa. Masa lapang diisi dengan aktiviti berfaedah. Masa terluang diisi dengan membantu emak dan ayah di rumah.
7. Tidak mementingkan diri sendiri
Mereka yang menjaga hak dan keperluan kawannya, dan tidak hanya mementingkan dirinya sendiri. Jika ada lebih, sama-sama berkongsi, bila berlaku sesuatu kejadian, mereka bersama-sama bertanggungjawab dan jika ada masalah sama-sama menolong meringankan beban kawan.
0 comments:
Post a Comment
please drop your comment here . mucho gracias :)