CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 9, 2010

AKU HANYA WANITA BIASA



Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terimakasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda khadijah, oleh itu ku ingin kau tahu, aku sering saja berbuat salah dan begitu menyusahkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makanan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan nampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian aku harus menghias istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan aman dan sehat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang bekerja.. Ataukah kau akan melihatku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa & resahmu, tapi kerana semalam ketika kau tidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang merengek, dan aku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin aku menganggu sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau melihatku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nakhoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan melihatku begitu marah, menangis dan tak dapat mengawal emosi, bukan kerana aku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga memerlukan tempat untuk mengurangkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin ketika itu aku tak bertemumu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Atau ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah dengan rengekannya yang tak habis-habis. Sungguh bukan kerana aku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu aku tau kau selalu menghargai semua yang aku lakukan untuk kalian, dan kau akan melihatku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang2 aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajarku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai berkedut. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan melihatku sebagai wanita cantik, yang sering kau katakan puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan berkembang, yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Setiap hari, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku penuhkan dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

0 comments:

Post a Comment

please drop your comment here . mucho gracias :)